
Kempen Diskaun 50% Di Taman Burung Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Wilayah 2023
Tawaran istimewa telah diumumkan sempena Sambutan Hari Wilayah 2023 yang akan datang. Kanak-kanak berumur 3 hingga 11 tahun boleh menikmati potongan sebanyak 50% di Taman Burung Kuala Lumpur dengan hanya memaparkan MyKid mereka.
Promosi ini adalah satu kesempatan yang baik untuk ibubapa dan kanak-kanak menikmati pengalaman lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur pada harga diskaun yang menarik.