Trip.com 5.5 Mega Sale 2024: Your Ultimate Travel Deal Destination | Plan the Perfect Getaway - May 2024

Farm Fresh Grow Sample Kits Giveaways

Pelanggan yang dihormati, terima kasih atas minat anda terhadap Sample Kit Permulaan Farm Fresh Grow kami! Di Farm Fresh, kami sentiasa mengambil berat dan ingin menambah baik pengalaman anda bersama kami. Kami ingin mengumumkan perubahan menarik yang akan kami jalankan untuk menjadikan mekanik penebusan sampel kami, yang kini dipanggil “QueueRedeem” lebih mudah diakses oleh semua. Disebabkan stok kit sampel kami yang terhad, sistem “wait list” ini boleh membantu memudahkan pengguna yang berminat untuk memohon & menjadikan pengedaran berdasarkan “first come, first serve” yang lebih adil.

 

Sila isi pautan ini untuk anda mendaftar bagi penebusan Kit Permulaan Farm Fresh Grow kami: https://campaign.farmfresh.com.my/request-free-sample-oct

 

1. Mulai Okt-Dis, kami akan mengeluarkan jumlah kit yang terhad setiap bulan. Mereka yang berada dalam sistem mengikut giliran dan layak untuk penebusan (bermakna giliran anda telah tiba & tidak berulang dalam sistem kami) dan akan dihubungi melalui e-mel untuk pengesahan penebusan yang berjaya. Memandangkan kuantiti kami terhad, sila ambil maklum bahawa kami tidak boleh menjamin semua penyertaan untuk penebusan akan berjaya.

 

2. Selepas itu, apabila kuota bulan ini sudah habis digunakan, giliran anda akan beralih kepada bulan berikutnya, dan seterusnya dan seterusnya. Borang kami akan dibiarkan terbuka dan aktif sehingga tahap stok kami telah habis.

 

Kami akan berusaha ke arah lebih banyak peluang untuk sampel ditebus kerana kami sangat teruja ramai di antara anda yang mahu mencuba susu ini.

 

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesabaran anda dan memohon maaf atas SEBARANG kesulitan yang timbul. Kami berharap anda semua berjaya mendapatkan kit ini!

 

#FarmFresh #FarmFreshGrow #SusuJujur

MalaysiaFreebies.com
Logo