Zoo Negara FREE Ticket on Your Birthday Promotion

Good news for Decemberians! Collect FREE ticket on your birthday and celebrate your birthday anniversary at Zoo Negara.

Zoo Negara is offering free entry to Malaysian citizens whose birthday falls from Dec 1-31.

Zoo Negara deputy president Rosly @ Rahmat Ahmat Lana said the free entry which include entrance to the Giant Panda Conservation Center (GPCC) would only be offered to visitors who came to the Zoo on their birthday.

“The promotion is to encourage more visitors to come to Zoo Negara especially during the school holidays,” he said when contacted by Bernama today.

Rosly said this to confirm news on the free tickets which had gone viral on social media recently.

Visitors are only required to produce their identity card at the ticket counter to redeem the free ticket.

“Otherwise the adult ticket price is RM44, children aged 2 to 12 years are charged RM16 and senior citizens aged 60 and above pay RM21,” he said.

Zoo Negara menawarkan tiket kemasukan percuma buat warganegara Malaysia yang menyambut harijadi dari 1-31 Disember tahun ini.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, tiket kemasukan percuma termasuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) itu ditawarkan kepada pengunjung yang datang pada hari lahir mereka berkenaan sahaja.

“Jika mereka lahir pada 1 Disember, maka mereka akan diberi tiket percuma sepanjang hari berkenaan termasuk ke GPCC.

“Promosi berkenaan adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara terutamanya ketika cuti persekolahan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rosly berkata demikian bagi mengesahkan kenyataan tular di media sosial, baru-baru ini mengenai tiket percuma itu. Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu.

“Bagi mereka yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21,” katanya. – Bernama

Compare items
  • Total (0)
Compare