ExpiredTAWARAN DISKAUN SAMAN PDRM 50% @ Alor Setar, Kedah

TAWARAN DISKAUN SAMAN PDRM 50%

Sempena pelancaran Op Selamat 14/2019 JSPT Kedah akan membuka kaunter pengurangan saman seperti berikut:

• Tarikh :- 29 sehingga 31 Jan 2019
• Hari :- Selasa hingga Khamis
• Masa :- 9.00 Pagi-4.00 Petang
• Tempat :- Tingkat 2, Aman Central, Alor Setar Kedah.

Kaunter semakan dan bayaran saman Trafik PDRM dengan tawaran diskaun saman 50% akan dibuka sepanjang tarikh berikut. Saman berikut adalah *DIKECUALIKAN* dari tawaran diskaun 50% :-

1) Saman kemalangan tahun semasa
2) Saman berstatus NC ( No Compoundable )
3) Saman dalam perbicaraan
4) Saman berstatus mahkamah
5) Saman berstatus waran tahun semasa
6) Saman Op Selamat tahun semasa
7) Saman melibatkan M/Lori muatan bahaya / bawa muatan cara bahaya
8 ) Saman memotong di lorong kecemasan
9) Saman memotong barisan / potong Q

Saman trafik PDRM yang layak diskaun 50% adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

*PERINGATAN*
• Bagi memudahkan urusan, orang ramai digalakkan untuk pergi ke mana-mana kaunter Trafik daerah berdekatan terlebih dahulu untuk membuat semakan saman yang layak mendapat diskaun.