SSPN1M Percuma RM500 Untuk Yang Tersayang

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.

Di manakah pendeposit boleh membuka akaun/ menambah simpanan SSPN1M?

Jawapan :
Akaun SSPN1M boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan

Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i  Plus).

Contoh:

Penerima
Manfaat
Keterangan
SSPN1M-i
SSPN1M-i Plus
Catatan
1
Simpanan
500
Layak GS500
2
Simpanan
*750
Layak GS500
3
Simpanan
200
300
Tidak layak GS500

                       * Pakej Intan : Bahagian simpanan (RM500) + Bahagian takaful (RM250)

Ini apa yang perlu lakukan jika anda sayangkan anak anda:

Langkah 1 : Layari www.sspn1m.com

Langkah 2 : Baca maklumat produk

Langkah 3 : Jika sudah faham, tekan butang Daftar SSPN1M-i/SSPN1M-i Plus. Jika kurang faham, hubungi Careline PTPTN di 03-2193 3000

Langkah 4 : Pilih butang pembukaan akaun/penambahan deposit

Langkah 5 : Isikan maklumat anda dan anak

Langkah 6 : Buat transaksi simpanan secara online

Langkah 7 : Cetak maklumat simpanan

Langkah 8 : Selesai

Setelah selesai, anda dan anak anda serta merta dilindungi dengan manfaat takaful dan tidur anda lebih lena kerana masa depan anak lebih terjamin dengan adanya simpanan untuk mereka.

Jika ada anak berumur 7-12 tahun, keistimewaan lebih berganda, tambahan RM500 lagi secara percuma oleh PTPTN untuk yang tersayang

error: Content is protected !!
Compare items
  • Total (0)
Compare