Skim Khairat Kematian BR1M 2017

Adakah anda waris kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 yang telah meninggal dunia?

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2014.

Mengenai Skim Khairat Kematian, Skim berkenaan akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun iaitu dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Jika ya, jangan lupa untuk menuntut RM1,000 yang diperuntukkan di bawah Skim Khairat Kematian BR1M 2017. Namun ia hanya untuk waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas.

Semasa membuat tuntutan, anda perlu membawa sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, kad pengenalan asal waris dan dokumen membuktikan pertalian antara penerima dan waris.

error: Content is protected !!
Compare items
  • Total (0)
Compare