ExpiredPTPTN Direct Debit 10% Discount Promotion 2022

Bank Islam Malaysia Berhad (“BIMB” atau “Bank”) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (“PTPTN”) dan Payments Network Sdn. Bhd. (“PayNet”) menganjurkan Kempen Pay & Win with DD (DirectDebit).

Kempen ini dianjurkan sebagai salah satu usaha bagi menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan mereka secara konsisten melalui kemudahan perkhidmatan DirectDebit serta menyambut baik langkah Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2022 yang memberi insentif diskaun sebanyak 10% kepada peminjam PTPTN.

Kempen Pay & Win with DD ini menawarkan hadiah wang tunai berbentuk bayaran balik atau simpanan akaun Simpan SSPN Prime melalui cabutan kepada para pemenang.

Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Kempen Pay & Win with DD ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran DirectDebit. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 dan dilanjutkan sehingga 30 April 2022.

Untuk kelayakan cabutan, pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada DirectDebit adalah seperti berikut:

Pelanggan Baharu Pelanggan Sedia Ada
Kelayakan Cabutan Satu (1) kelayakan cabutan bagi pendaftaran baharu DirectDebit yang berjaya melalui e-mandate dalam tempoh kempen Satu (1) kelayakan cabutan bagi setiap transaksi DirectDebit yang berjaya dalam tempoh kempen

Kempen kali ini menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM50,000 untuk 41 orang pemenang. Pemenang utama akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000, manakala hadiah saguhati disediakan kepada 40 pemenang dengan setiap pemenang akan menerima sebanyak RM1,000, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

Hadiah yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pemenang sebagai sebahagian daripada bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Ini secara tidak langsung dapat membantu membayar balik pinjaman mereka. Namun, sekiranya jumlah baki pinjaman pemenang kurang daripada nilai hadiah yang dimenangi, nilai lebihan daripada hadiah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime mereka sebagai simpanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd Muazzam Mohamed, kerjasama antara BIMB dan PTPTN telah lama terjalin terutamanya dalam menguruskan pinjaman kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Hasil kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi strategik iaitu pelaksanaan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaedah DirectDebit pada tahun 2016 dan pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN pada tahun 2018. Pengenalan kad debit tersebut bermatlamat untuk memperluaskan agenda masyarakat tanpa tunai dalam kalangan pelanggan PTPTN. Sehingga kini, sejumlah 94,131 kad debit tersebut telah dikeluarkan, malah angka ini melebihi sasaran awal kami iaitu sebanyak 50,000 kad bagi tempoh setahun selepas pelancarannya,” katanya.

Beliau menambah, “Kalobarasi Bank Islam, PTPTN dan PayNet melalui kempen ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan ketiga-tiga pihak dalam memastikan peminjam dapat melaksanakan bayaran balik dana pendidikan mereka dengan cepat, mudah dan selamat secara dalam talian.”

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Peminjam yang menyertai kempen ini turut akan menikmati diskaun sebanyak 10% berdasarkan potongan DirectDebit yang berjaya dan diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun. Untuk menyertai kempen ini mudah sahaja, bagi peminjam yang belum membuat permohonan DirectDebit, anda hanya perlu membuat permohonan di portal rasmi PTPTN.”

“PTPTN sentiasa komited dalam merancang dan mengatur strategi serta program yang dapat membantu meningkatkan kesedaran peminjam agar membuat bayaran balik. Dalam suasana norma baharu berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum reda, kemudahan tanpa tunai sentiasa menjadi keutamaan PTPTN untuk memudahkan peminjam membuat bayaran balik tanpa perlu hadir ke kaunter.”

Justeru, saluran DirectDebit ini sewajarnya dimanfaatkan oleh para peminjam untuk memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten. Melalui kemudahan ini, peminjam dapat memastikan rekod bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengelakkan tunggakan sekali gus turut membantu meningkatkan dana pinjaman bagi pemberian pinjaman kepada pelajar-pelajar baharu,” katanya lagi.

Untuk terma dan syarat, klik di sini.

Untuk soalan lazim, klik di sini.

Join our Telegram to receive latest deals & discount voucher codes in Malaysia!
MalaysiaFreebies.com
Logo