Potongan Diskaun Berganda Untuk Tiket Perjalanan Perkhidmatan ETS

Sukacita dimaklumkan bahawa Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berbesér. hati untuk menawarkan potongan diskaun bagi tiket perjalanan perkhidmatan ETS sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan orang ramai yang setia menggunakan perkhidmatan
tren KTMB.

Promosi ini boleh dinikmati bag! perjalanan bermula 1 November 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Terdapat dua jenis potongan diskaun yang ditawarkan oleh KTMB, iaitu:

a) Potongan Dlskaun 50% – Perjalanan pada hari lsnln sehingga Khamis sahaja

Tawaran diskaun 50% ditawarkan kepada orang ramai yang ingin membuat perjalanan
bagi laluan KL Sentral – Gemas – KL Sentral dan juga laluan Sungai Petani – Padang
Besar – Sungai Petani pada hari Isnin sehingga Khamis sahaja.

b) Potongan Diskaun 25% – Perjalanan pada hari Selasa dan Rabu sahaja
Tawaran diskaun 25% ditawarkan kepada orang ramai untuk memilih ke mana-mana
destinasi yang ingin dikunjungi menggunakan perkhidmatan ETS pada setiap hari Selasa
dan Rabu sahaja.

Orang ramai boleh mendapatkan tawaran ETS tambang murah ini melalui pembelian tiket di kaunter-
kaunter KTMB sahaja dan tertakluk pada terma dan syarat. Cepat dapatkan tiket anda di kaunter tiket
KTMB yang berhampiran!

Untuk maklumat Ianjut dan jadual waktu perkhidmatan ETS, sila Iayari Iaman sesawang rasmi KTM
Berhad di www.ktmb.com.my, atau hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200.

Compare items
  • Total (0)
Compare