PLUSMiles x Jambatan Pulau Pinang (JPP) 20% Off Promotion

PLUS

20% DISCOUNT FOR riders at PENANG BRIDGE TOLL PLAZA

Bilakah PLUS akan mengaktifkan Diskaun 20% RFID kepada pelanggan yang layak di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang?

PLUS akan mengaktifkan Diskaun 20% RFID kepada pelanggan yang layak di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang pada 14 Julai 2020.

 

Adakah permohonan diskaun 20% RFID akan dibuka kepada semua kelas kenderaan?

TIDAK. Hanya kenderaan Kelas 2 dan 3 yang telah memasang dan mengaktifkan Tag RFID sahaja yang layak memohon kadar tol diskaun 20% dengan menepati syarat.

 

Bagaimanakah saya mendaftar sebagai ahli PLUSMiles untuk membuat permohonan diskaun tol 20%?

Pendaftaran Akaun Ahli PLUSMiles

I. Layari https://jimatdipenang.plusmiles.com.my/
II. Pilih pendaftaran individu dan jenis Kenderaan
III. Klik pada “Bukan ahli PLUSMiles? Klik disini untuk mendaftar”
IV. Isi butiran maklumat diperlukan dan klik“Register”
V. Semak emel untuk membuat pengesahan akaun PLUSMiles
VI. Klik pautan pengesahan akaun PLUSMiles pada emel yang diterima
VII. Pendaftaran ahli PLUSMiles telah berjaya, sila log masuk ke akaun PLUSMiles di https://jimatdipenang.plusmiles.com.my/

Ahli PLUSMiles Sedia Ada
I. Layari https://jimatdipenang.plusmiles.com.my/
II. Pilih pendaftaran individu dan jenis Kenderaan
III. Isi emel dan kata laluan akaun PLUSMiles sedia ada untuk log masuk

SYARAT :

Pemohon yang ingin memohon diskaun pembayaran tol hanya dibenarkan untuk memohon satu kategori sahaja iaitu
kategori Penduduk, Pekerja/ Pelajar atau Syarikat. Permohonan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i) Kategori Penduduk (permohonan terbuka kepada kategori RFID e-Wallet)

a Warganegara Malaysia;
b Berumur 17 tahun dan ke atas;
c Kad Pengenalan pemohon beralamat di Pulau Pinang;
d Tertakluk kepada satu kenderaan sahaja;
e Kenderaan yang didaftarkan adalah atas nama pemilik atau keluarga pemilik*

 

ii) Kategori Pekerja/ Pelajar (permohonan terbuka kepada kategori RFID e-Wallet)

a Warganegara Malaysia;
b Berumur 17 tahun dan ke atas;
c Bekerja di syarikat atau belajar di institusi yang beralamat di Pulau Pinang;
d Tertakluk kepada satu kenderaan sahaja;
e Kenderaan yang didaftarkan adalah atas nama pemilik atau keluarga pemilik*

 

iii) Kategori Syarikat (permohonan terbuka kepada kategori Kad PLUSMiles)

a Syarikat hendaklah mengemukakan surat rasmi menggunakan “Letter Head” yang beralamat di Pulau Pinang dan
ditandatangani oleh pemilik Syarikat atau individu yang dilantik sahaja
b Tertakluk kepada maksima sepuluh kenderaan sahaja bagi setiap permohonan;
c Kenderaan yang didaftarkan adalah atas nama syarikat
d Terbuka kenderaan perdagangan seperti lori sahaja
e Syarikat yang diperakui dan daftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
f Syarikat yang beralamat dan beroperasi di Pulau Pinang seperti yang tertera pada dokumen dibawah Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM)

Setiap permohonan adalah tertakluk atas budi bicara PLUS dan PLUS berhak untuk menolak permohonan yang tidak mengikuti syarat-yang ditetapkan.

Pemohon yang layak akan mula menikmati kadar tol diskaun setelah mendapat kelulusan dari pihak PLUS dan pengaktifan dari Touch n Go Sdn Bhd.

Pemohon yang layak TIDAK BOLEH menukar dan/atau memindah diskaun kepada pihak lain.
Pemohon RFID e-Wallet yang layak tidak boleh memohon kad PLUSMiles diskaun 20%

Kadar tol diskaun hanya sah laku untuk bayaran di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang sahaja bagi tempoh dua (2) tahun dari tarikh pengaktifan diskaun.

Permohonan untuk penyambungan tempoh diskaun tol hanya boleh dihantar tiga puluh (30) hari sebelum tarikh tamat kuatkuasa diskaun. Sebarang penyambungan adalah tertakluk kepada syarat no.2 di atas.

Program kadar bayaran tol diskaun Jambatan Pulau Pinang adalah tertakluk kepada budi bicara pihak PLUS dan PLUS berhak untuk menamatkan diskaun tol dari semasa ke semasa.

Bagi kategori RFID e-Wallet, pengaktifan tag pada kadar diskaun tertakluk juga kepada semakan pihak Touch n’ Go Sdn Bhd.

 

Book Now !
Enjoy 35% off promo code on your FoodPanda food orders every day!
Enjoy 35% off promo code on your FoodPanda food orders every day!
COPY THE CODE
Join our Telegram to receive latest deals & discount voucher codes in Malaysia!
MalaysiaFreebies.com
Logo