MILO FREE Beg Ceria Giveaways Oct – Dec 2017

Bergaya dengan Beg Ceria MILO®. Ada 4 rekaan, minum MILO® UHT & tebus!

Bagi setiap produk MILO® UHT yang mengambil bahagian yang dibeli, anda layak menyertai Program Penebusan BEG CERIA MILO

Anda hanya boleh menebus maksima DUA koleksi premium untuk setiap borang penebusan.

Cara penebusan:
a) Lengkapkan borang penebusan ini, sertakan bukti pembelian asal & mata yang dikehendaki dan hantarkan melalui sebarang kaedah yang dijamin tiba ke:

PROGRAM PENEBUSAN BEG CERIA MILO®
OMNITEAM SDN. BHD.
16, Jalan SS25/35, Taman Mayang, 47301 Petaling Jaya

b) Anda dikehendaki untuk menyimpan fotokopi bukti pembelian untuk rekod peribadi.

Koleksi premium anda hanya akan dikurier dalam masa 6 – 8 minggu selepas tarikh tutup 31/12/2017. Penebusan secara serta-merta tidak akan dijalankan bagi Program Penebusan ini.

BUKTI PEMBELIAN & MATA
NOTA: MILO® UHT 1L Cecair Pekat tidak termasuk dalam program penebusan ini.
BUKTI PEMBELIAN:
Resit bercetak asal dengan pembelian produk minuman MILO® UHT sepanjang Tempoh
Penebusan.
Anda boleh mengumpul resit-resit pembelian asal bagi mencukupkan mata untuk penebusan.
Setiap RM4 akan diberikan 1 mata.
Sila lengkapkan jadual di bawah.

Cara untuk menebus:
Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO® UHT yang turut serta dan dapatkan Borang
Penebusan dari pasaraya dan kedai yang turut serta atau dari laman web MILO®.

Langkah 2: Kutip mata yang diperlukan seperti yang ternyata pada Borang Penebusan
(sila rujuk Jadual Bukti Pembelian & Mata).

Adakah terdapat had kepada jumlah resit pembelian yang boleh dikumpulkan?
TIDAK ada had ditetapkan. Anda boleh mengumpul seberapa banyak resit pembelian untuk  mencukupkan mata untuk membuat penebusan. Tetapi hanya resit pembelian asal akan diterima.

Boleh saya kirimkan / hantarkan Borang Penebusan saya ke pejabat, peniaga atau
pejabat cawangan Nestlé?
TIDAK. Anda hanya boleh kirimkan / hantarkan Borang Penebusan anda ke alamat yang dinyatakan sahaja melalui kurier, POS Laju dan/atau khidmat penghantaran tangan. Anda juga boleh menghantar Borang Penebusan sendiri ke alamat yang diberikan tetapi anda tidak boleh mendapatkan barangan penebusan anda dengan serta-merta.

Boleh saya hantarkan Borang Penebusan saya menerusi penghantaran dengan
tangan, khidmat kiriman cepat, POS Laju dan / atau sebarang kaedah kiriman?
BOLEH. Semua Borang Penebusan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POS Laju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan diterima. Tetapi, bukti pos Borang tidak bermakna bukti penerimaan Penganjur.

Boleh saya menghantar lebih daripada 1 Borang Penebusan?
BOLEH, tetapi setiap Borang Penebusan hanya boleh menebus maksimum 2 Beg Ceria MILO® sahaja dan setiap Borang Penebusan mesti dilengkapi dengan semua maklumat yang diperlukan dan Mata yang diperlukan untuk penebusan. Sekiranya anda ingin menebus lebih daripada 2 beg, anda dinasihatkan untuk meletakkan setiap borang penebusan dan bukti pembelian ke dalam satu sampul surat kecil dan masukkan kesemua
sampul surat kecil ke dalam satu sampul surat besar untuk diposkan.

 Saya mempunyai satu resit pembelian yang membolehkan saya untuk menebus lebih
daripada 2 beg bagi program penebusan ini. Bagaimanakah cara yang betul untuk
menebus jika saya hanya boleh menebus untuk 2 beg dalam satu borang sahaja?
Jika jumlah resit pembelian membolehkan anda untuk menebus lebih untuk daripada 2 beg, anda harus mengisi lebih daripada 1 borang penebusan untuk menebus kerana 1 borang penebusan hanya layak untuk 2 beg sahaja. Sila kepilkan borang-borang penebusan anda bersama dengan resit pembelian asal anda dan kirimkan.

Kenapa saya hanya boleh menebus maksimum 2 beg dalam 1 Borang Penebusan?
Anda hanya boleh menebus maksimum 2 beg dalam 1 Borang Penebusan kerana kami telah menyediakan pakej penghantaran yang hanya boleh memasukkan 2 beg sahaja untuk setiap penghantaran. Ini adalah untuk memastikan beg anda dipekkan dalam 1 pakej serta untuk memudahkan penghantaran kepada anda.

Umur peserta yang layak?
Program Penebusan Beg Ceria MILO® dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 01 Oktober 2017. Peserta mesti menyertakan alamat di Malaysia di Borang Penebusan untuk layak.

Boleh saya menghantar salinan borang penyertaan?
BOLEH. Salinan Borang Penebusan diterima, dengan syarat setiap satu mesti diisi secara individu & original, lengkap dengan maklumat yang diperlukan serta Bukti Pembelian yang sama nilai dengan mata yang diperlukan untuk menebus.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya menyertakan mata yang berlebihan?
Semua mata yang berlebihan tidak akan dipulangkan kepada peserta.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya menyertakan mata yang kurang/tidak
mencukupi?
Borang Penebusan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan. Peserta perlu menyertakan mata yang sama nilai atau melebihi jumlah mata penebusan yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.

Jadual Bukti Pembelian & Mata:

Apakah saiz Beg Ceria MILO®?
Beg Thermal: 23cm (P) x 17.5cm (L) x 8cm (D)
Beg Galas: 39cm (P) x 28.5cm (L) x 11cm (D)

Bilakah tarikh tutup untuk Penebusan ini?
Tempoh PROGRAM PENEBUSAN BEG CERIA MILO® ini adalah antara 01/10/2017
hingga 31/12/2017.

Siapa yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?
Anda boleh hubungi talian Khidmat Pengguna Nestlé: 1-800-88-3433 untuk sebarang
bantuan yang diperlukan.

Di manakah boleh saya dapatkan Borang Penebusan?
Di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini, kedai stesen minyak, dan mini
markets, petrol marts dan kedai 7-Eleven yang turut serta.

Laman web MILO®: http://www.milo.com.my. Download form at here 

Compare items
  • Total (0)
Compare