KTM Special Express Balik Kampung Keluarga Malaysia Promotion 2022

KTM

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan satu (1) perkhidmatan tren khas buat Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia dan akan membuat perjalanannya pada
29 April ini.

Perkhidmatan ini akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur yang bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya. Sebanyak 516 tiket ditawarkan untuk tren khas ini.

Inisiatif ini merupakan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dan KTMB dengan membawa slogan ’Maghi Kelik Kampung’, sebagai salah satu pengangkutan alternatif untuk mereka yang akan pulang berhari raya di kampung dengan selamat, selesa serta tambang yang berpatutan.

Tren ini akan berlepas pada 29 April, jam 11.00 malam dari Stesen KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen seperti Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan Tumpat.

Perkhidmatan ini dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April, jam 3.55 petang. Manakala perjalanan balik dari Stesen Tumpat adalah pada 7 Mei, jam 10.50 malam dan akan tiba di Stesen KL Sentral pada 8 Mei, jam 3.04 petang.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, “Secara lazimnya, setiap kali musim perayaan terutamanya Aidilfitri, kesesakan jalan raya bakal dihadapi warga Pantai Timur. Pada tahun ini, kita jangkakan pertambahan trafik yang drastik kerana sudah dua tahun tidak dapat pulang beraya.

“Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat mengurangkan kesesakan dan memberi jaminan keselesaan serta keselamatan kepada Keluarga Malaysia.”

Bagi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, “Tren khas ini adalah perkhidmatan istimewa dari KTMB untuk Keluarga Malaysia yang ingin pulang dengan keselesaan dan menjimatkan masa”.

Tren khas ini bakal dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, koc buffet, dan koc chillax untuk aktiviti solat atau moreh beramai – ramai.

“Tiket akan mula dijual pada 15 April dengan harga bermula daripada RM55.00 sehingga RM83.00 bagi perjalanan sehala. Cenderahati khas juga akan diberikan kepada para penumpang yang membuat perjalananan dengan tren khas ini.

TREN ETS TAMBAHAN

Berikutan permintaan yang tinggi sempena musim perayaan ini, KTMB akan menyediakan dua (2) perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan dengan 4,368 tiket.

la melibatkan perjalanan KL Sentral — Padang Besar dan sebaliknya bagi tarikh 29 April hingga 2 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei.

Perkhidmatan tambahan ini adalah berikutan status jualan tiket yang telah habis dijual bagi tarikh-tarikh yang dinyatakan.

Jualan tiket bagi tren tambahan ini akan mula dijual pada 15 April.

Para pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Walaupun negara telah beralih ke fasa endemik, KTMB tetap akan memastikan semua penumpangnya mematuhi SOP yang ditetapkan untuk kesejahteraan bersama.

Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

 

Join our Telegram to receive latest deals & discount voucher codes in Malaysia!
MalaysiaFreebies.com
Logo