ExpiredKLIA Ekspres & KLIA Transit FREE Joyride for Families

Free joyride for families on KLIA Ekspres and KLIA Transit this Saturday and Sunday!

Tiket Percuma Kepada Ibu Bapa Dan Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) memperkenalkan enam tren baharu bermotifkan songket untuk perkhidmatan KLIA Ekspres yang akan mula beroperasi esok.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut dihadiri Pengerusi Eksekutif ERL, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Tren baharu itu dijangka dapat mengurangkan tempoh masa menunggu terutama pada waktu puncak dan meningkatkan kapasiti penumpang sehingga 50 peratus.

Sempena pengenalan tren baharu itu juga, ibu bapa bersama kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh menikmati perjalanan secara percuma pada 17 dan 18 Mac ini.

Tiket boleh dituntut dari jam 9 pagi hingga 5 petang di mana-mana stesen ERL pada tarikh tersebut.

Compare items
  • Total (0)
Compare