ExpiredKFC 2 Snack Plate For Only RM20 Promotion

KFC

Lebih nilai, lebih jimat! Dapatkan e-baucar dua (2x) Snack Plate untuk RM20 SAHAJA! Setiap e-baucar terdapat 4-pc Chicken, 2 Whipped Potato (R), 2 Coleslaw (R) dan 2 Bun! Beli e-baucar dulu, tebus kemudian.

BELI PADA TARIKH TEBUS PADA TARIKH
16 Ogos (bermula 12mlm) 23 – 27 Ogos
17 Ogos – 18 Ogos (bermula 12mlm) 6 – 10 Sept

Info penting untuk promosi eksklusif atas talian ini:

Pembelian hanya untuk pengguna berdaftar KFC.
Anda boleh pilih untuk membeli Delivery ATAU Self Collect. (Caj penghantaran RM4 akan dikenakan untuk setiap penebusan melalui KFC Delivery.)
Pembelian terhad kepada 3 set setiap pengguna.
Hanya 1 set boleh ditebus untuk setiap transaksi.
Pembelian tertakluk pada had harian.

Get Deal

 

1. Apakah promosi pra-beli ‘2 for RM20 Snack Plate’?

    • Ini adalah promo eksklusif untuk KFC Delivery atau Self Collect yang anda boleh pra-beli sebanyak 3 set e-baucar.
    • Anda dinasihatkan untuk meneliti kaedah pesanan anda mahu (Delivery atau Self Collect) sebelum membeli e-baucar anda.
    • Setelah selesai pembayaran untuk e-baucar, anda akan menerima e-baucar yang mengandungi promo kod melalui emel. Anda boleh menebus e-baucar anda mengikut tempoh penebusan yang ditetapkan.
BELI PADA TARIKH TEBUS PADA TARIKH
16 Ogos (bermula 12mlm) 23 – 27 Ogos
17 Ogos – 18 Ogos (bermula 12mlm) 6 – 10 Sept
  • Caj penghantaran RM4 akan dikenakan untuk setiap penebusan melalui KFC Delivery.

2. Bilakah promosi ‘2 for RM20 Snack Plate’ akan bermula?

  • Promosi pra-bayar ‘2 for RM20 Snack Plate’ akan bermula 12 malam daripada 16 Ogos hingga 18 Ogos 2021 di laman web KFC.com.my/2for20

3. Apakah cara penghantaran e-baucar untuk promosi ini?

  • Anda akan menerima e-mel mengandungi promo kod untuk penebusan, contohnya:
    • Jika anda membeli 3 e-baucar untuk Delivery dalam satu transaksi, anda akan menerima e-baucar yang mengandungi 3 promo kod. Setiap promo kod hanya boleh ditebus sekali sahaja.
    • Jika anda membeli 2 e-baucar untuk Delivery dan 1 e-baucar untuk Self Collect secara berasingan, anda akan menerima 1 e-mel untuk e-baucar Delivery dan 1 e-mel untuk e-baucar Self Collect. E-baucar Delivery anda akan mengandungi 2 promo kod manakala e-baucar Self Collect anda akan mengandungi 1 promo kod. Setiap promo kod hanya boleh ditebus sekali sahaja.
  • Anda juga boleh semak promo kod anda di laman “Bucketful of Deals” di KFC.com.my atau Aplikasi KFC.
    • Lihat icon di sudut kanan atas skrin anda 
    • Klik Delivery atau Self Collect, mengikut kaedah penebusan e-baucar anda
    • Kemudian klik e-baucar yang ditertera untuk semak kuantiti dan tempoh penebusan e-baucar anda.
    • E-baucar yang telah ditebus habis atau luput tidak akan tertera lagi.

4. Apakah cara penebusan untuk promosi ini?

  • Promosi ini hanya sah untuk pengguna yang berdaftar di Applikasi KFC atau KFC.com.my dan hanya untuk pesanan Delivery atau Self Collect. Ini adalah promo eksklusif atas talian.
  • E-baucar tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh ditebus oleh akaun KFC yang digunakan semasa pembelian e-baucar.
  • Tidak sah untuk penebusan di restoran KFC, kiosk, pandu lalu, atau pusat panggilan.

5. Apakah had penebusan untuk promosi ‘2 for RM20 Snack Plate’?

  • Anda hanya boleh menebus satu (1) set 2 Snack Plate bagi setiap transaksi

6. Apakah tempoh penebusan untuk e-baucar saya?

  • Jika anda membeli e-baucar pada 16 Ogos 2021, anda hanya boleh menebus e-baucar anda daripada 23 Ogos hingga 27 Ogos 2021. Tarikh luput e-baucar anda adalah 27 Ogos 2021.
  • Jika anda membeli e-baucar pada 17 Ogos atau 18 Ogos 2021, anda hanya boleh menebus e-baucar anda daripada 6 September hingga 10 September 2021. Tarikh luput e-baucar anda adalah 10 September 2021.

7. Apakah cara pembayaran yang tersedia untuk promosi ini?

  • Kami hanya menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad kredit, FPX (perbankan atas talian), dan e-tunai (e-wallet).

8. Bolehkah saya menebus e-baucar saya di seluruh Malaysia?

  • Ya, anda boleh menebus e-baucar anda di KFC Self Collect dan Delivery, kecuali di Mall of Medini (Legoland).

9. Adakah promosi ini terdapat di Foodpanda dan GrabFood?

  • Promosi ini hanya terdapat di KFC App atau KFC.com.my untuk pengguna berdaftar sahaja.

2. TERMA & SYARAT

  1. Promosi KFC 2 for RM20 (‘Kempen’) akan dianjurkan oleh QSR Stores Sdn Bhd (‘Penganjur’) dan penyertaan ini dibuka di aplikasi KFC bermula daripada 16 Ogos 2021 sehingga 10 September 2021; dua puluh enam (26) hari sahaja (‘Tempoh Kempen’).
  2. Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen atas budi bicara Penganjur tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu.
  3. Penyertaan Peserta dalam Kempen ini diambil kira sebagai penerimaan tanpa syarat. Oleh itu, Peserta wajib mematuhi Terma-Terma dan Syarat Kempen.
  4. Langkah-langkah pra-beli melalui laman web kempen:
    • Pelanggan mesti berdaftar atau log masuk melalui KFC.com.my atau Applikasi KFC (“Laman Web”) dan melayari KFC.com.my/2for20 untuk membeli e-baucar 2 for RM20 Snack Plate (‘Baucar Kempen’)
    • Pelanggan mesti memilih kaedah pesanan untuk membeli and menebus Baucar Kempen, iaitu Delivery atau Self Collect.
    • Pelanggan mesti meneliti had liputan penghantaran sebelum membeli Baucar Kempen Delivery atau senarai restoran KFC terdekat sebelum membeli Baucar Kempen Self Collect.
    • Pelanggan boleh membeli sehingga 3 unit Baucar Kempen sahaja.
    • Setiap Baucar Kempen mengandungi 4 ketul ayam, 2 Whipped Potato (R), 2 Coleslaw (R), dan 2 Bun.
    • Terdapat had jualan baucar setiap hari.
    • Promosi tidak sah di Mall of Medini (Legoland).
    • Konfigurasi produk akan berbeza mengikut lokasi.
    • Baucar Kempen tidak boleh dipindah hak milik dan hanya sah untuk akaun KFC yang digunakan semasa pembelian e-baucar.
    • Pelanggan tidak boleh menukar kaedah penebusan Baucar Kempen selepas pembelian selesai.
  5. Langkah-langkah penebusan atas talian melalui KFC Delivery atau Self Collect:
    • Pelanggan mesti berdaftar atau log masuk melalui KFC.com.my atau Applikasi KFC dan memilih kaedah penebusan.
    • Baucar Kempen Delivery hanya boleh ditebus untuk pesanan Delivery (https://kfc.com.my/delivery/redeem-voucher), manakala Baucar Kempen Self Collect hanya boleh ditebus untuk pesanan Self Collect (https://kfc.com.my/self-collect/redeem-voucher).
    • Pelanggan mesti input Baucar Kempen yang diterima melalui emel atau melalui seksyen “Bucketful of Deals” di KFC.com.my atau Applikasi KFC.
    • Baucar Kempen tidak boleh dipindah hak milik dan hanya boleh ditebus oleh akaun KFC yang digunakan semasa pembelian e-baucar.
    • Baucar Kempen yang dibeli pada 16 Ogos 2021 hanya boleh ditebus daripada 23 Ogos hingga 27 Ogos 2021. Tarikh luput e-baucar adalah 27 Ogos 2021.
    • Baucar Kempen yang dibeli pada 17 Ogos atau 18 Ogos 2021 hanya boleh ditebus daripada 6 September hingga 10 September 2021. Tarikh luput e-baucar adalah 10 September 2021.
    • Tidak sah untuk penebusan di stor, kiosk, pandu lalu, atau pusat panggilan.
    • Penebusan terhad kepada satu unit ‘2 Snack Plate’ setiap transaksi.
    • Caj penghantaran RM4 akan dikenakan untuk setiap penebusan melalui KFC Delivery.
    • Semua harga ada termasuk 6% SST.
    • Konfigurasi produk akan berbeza mengikut lokasi.
    • Tidak sah digunakan bersama promosi, tawaran, baucar, dan diskaun lain.
  6. Di atas budi bicara mutlak, Penganjur berhak untuk menyingkirkan Peserta atau membatalkan Kempen dimana-mana peringkat jika:- a) Peserta tidak layak menyertai Kempen; b) penyertaan tidak lengkap/gagal untuk melengkapkan dan mematuhi terma dan syarat yang tertera di sini; c) Peserta melanggar dan tidak mematuhi terma dan syarat Kempen atau undang-undang yang terpakai; d) di atas budi bicara Penganjur atas alasan atau hujah yang dipercayai bahawa Peserta telah cuba menjejaskan operasi Kempen dengan berbagai cara termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, menipu, memperdaya, pengacuan dan perdayaan.
  7. Penganjur berhak untuk menggantikan baucar dengan barang yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis awal terlebih dahulu.
  8. Apabila Peserta mendapat notis pemberitahuan, baucar boleh ditebus, mengikut tempoh masa yang dibenarkan, cara penebusan yang dinyatakan pihak Penganjur atau akan dinyatakan oleh Pihak Penganjur atas budi bicara. Kegagalan untuk menepati kaedah penebusan dan dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan perampasan baucar dan Peserta tidak berhak untuk membuat tuntutan terhadap Penganjur, anak syarikat, pekerja, wakil, peruncit, pengedar, peniaga begitu juga pengiklanan, kreatif, media, digital, reka bentuk, dan kreatif agensi Penganjur, dalam keadaan perampasan itu.
  9. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas gangguan ketika Kempen, samada disebabkan masalah teknikal atau sebaliknya, termasuk dan tidak terhad kepada virus computer, pepijat, gangguan, gangguan tanpa kebenaran, penipuan, kesilapan teknikal atau sebarang masalah yang diluar kawalan wajar pihak Penganjur. Jika terjadi gangguan ketika Kempen, usaha yang wajar akan diambil untuk remedi gangguan itu dan meneruskan Kempen dengan adil dan saksama kepada Peserta.
  10. Setiap Peserta bertanggungjawab sendiri sepenuhnya ke atas kecederaan, kerosakan atau sebarang tuntutan di atas penyertaan Kempen ini.
  11. Dengan penyertaan Kempen ini, dengan menggunakan baucar, pemenang bersetuju untuk memberi perlindungan kepada Penganjur, semua rakan niaga, anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau agensi bersama pengarah, wakil pekerja, peruncit, pengedar, peniaga berserta juga pengiklanan, kreatif, media, digital, reka bentuk, dan kreatif agensi Penganjur dan penaja yang mengambil bahagian di dalam Kempen, daripada sebarang tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kerugian atau tanggungan yang Peserta mungkin derita, samada diketahui atau tidak diketahui di masa kini, dari sebarang sifat semulajadi, timbul daripada atau berkaitan:-
    • Kempen
    • kecederaan sendiri dan/atau kerosakan harta benda, pencurian atau kerugian yang ditanggung oleh Peserta disebabkan penyertaan dalam Kempen ini.
    • Penganjur diberikan kebenaran untuk menggunakan nama, kesamaan, biografi, suara atau pita rakaman Peserta oleh pihak Penganjur atau jika berkaitan dengan Kempen ini.
  12. Semua harga, bayaran dan/atau perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung oleh Peserta berkaitan dengan Kempen ini adalah tanggungjawab sendiri.
  13. Semua hak and keistimewaan diberikan kepada pihak Penganjur tidak boleh ditarik balik dan tidak boleh dikenakan kepada kemelesetan, kekangan, atau injuksi dalam semua keadaan. Dalam keadaan apapun Peserta tidak berhak untuk pelepasan injuksi atau untuk menahan atau mencampur tangan Kempen, pengeluaran, pengagihan, pameran, dan/atau eksploitasi Kempen dan/atau hasil berdasarkan dan/atau datang daripada Kempen dan Peserta tidak dibenarkan untuk menarik balik kebenaran kepada pihak Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar untuk tujuan publisiti dan iklan tanpa sebarang pampasan, royalti, atau perlunya pihak Penganjur untuk memberi notis terlebih dahulu kepada Peserta.
  14. Setiap data peribadi hanya boleh digunakan bagi tujuan pengurusan dan operasi Kempen dan tidak dibenarkan untuk tujuan yang lain. Pihak Penganjur akan menguruskan data peribadi mengikut polisi Data Peribadi Penganjur dan akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  15. Setiap arahan penyertaan dan perincian-perincian khusus berkaitan Kempen ini atau baucar yang tidak dinyatakan disini akan menjadi sebahagian daripada Terma dan syarat.
  16. Penganjur berhak di atas budi bicara mutlak untuk mengubah, mengeluarkan atau menambah terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu dan Peserta terikat dengan perubahan tersebut.
  17. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Kempen tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, jika Penganjur membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Kempen, Peserta tidak berhak untuk menuntut atau meminta pampasan daripada pihak Penganjur, agensi dan pekerja atas sebab kerugian atau kerosakan yang dialami atau berlaku kepada Peserta samada secara langsung atau tidak langsung hasil daripada pembatalan, penamatan dan penangguhan Kempen.
  18. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dibenarkan dan diraikan.
  19. Peserta tidak dibenarkan untuk mengambil langkah dan membawa keputusan Penganjur kepada mahkamah. Jika berlakunya pertikaian, pengcanggahan, ketidakpastian, atau tidak jelas berkenaan terma dan syarat ini, atau apa sahaja berkaitan Kempen, pihak Penganjur akan memutuskan perkara secara mutlak dan atas budi bicara dan setiap keputusan Penganjur berkaitan perkara ini adalah muktamad.
  20. Penyertaan Peserta di dalam Kempen ini melayakkan Peserta untuk bersetuju setiap masa dan terikat kepada terma dan syarat.
  21. Bahasa Melayu adalah bahasa utama yang terpakai dalam terma dan syarat ini. Jika ada terjemahan kepada bahasa lain daripada bahasa Melayu, bahasa tersebut akan diguna pakai untuk kemudahan sahaja.
  22. Terma dan syarat ini tertaluk kepada undang-undang Malaysia dan peserta bersetuju untuk menyerah kepada kuasa pihak Mahkamah Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami di 1300-222-888 dari 10 pagi sehingga 5 petang (Isnin- Jumaat, tidak termasuk cuti awam).

Malaysia Freebies
Logo