Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia (Kad Siswa Bank rakyat)

Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Selain itu, KADS1M Debit-i ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.

Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (dahulunya dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia) disalurkan kepada Pelajar Pendidikan Tinggi yang layak menerusi KADS1M Debit-i Bank Rakyat

 

Kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2017 telah meluluskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM250 yang akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Oleh itu, pelajar di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berstatus warganegara Malaysia yang terbabit berhak untuk mendapatkan inisiatif bernilai RM250 yang diberikan oleh kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI : KAD DEBIT PELAJAR KADS1M 2017 DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Pelajar yang layak menerima Bantuan Pendidikan Tinggi bernilai RM250 mestilah memenuhi kriteria seperti berikut

Syarat Dan Kriteria Kelayakan Dapat Bantuan Pendidikan Tinggi (RM250) Melalui Kad Debit Pelajar (KADS1M)

  • Warganegara Malaysia
  • Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT
  • Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016
  • Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
  • Menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah selian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Perguruan, Kementerian Sumber Manusia atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Kerajaan mendebitkan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM250 ke dalam KADS1M dengan tujuan bagi mengekang penyalahgunaan penggunaan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) seperti yang dilaksanakan sebelum ini di kalangan pelajar

Bantuan bernilai RM250 tidak lagi disalurkan dalam bentuk baucar sebaliknya ia didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Pelajar boleh membeli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian dengan menggunakan KADS1M yang telah didebitkan sebanyak RM250

Selain bantuan RM250, dengan KADS1M juga pelajar boleh mendapat diskaun ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing

Fungsi KADS1M

  • 3-dalam-1: Kad Debit, Kad Atm dan Kad Diskaun.
  • Berkonsepkan Syariah.
  • Tiada Riba’ dan Gharar.
  • Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar Negara.
  • Transaksi Tanpa Sentuh (Contactless).
  • Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan.
  • Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP).

Cara Mendapatkan KADS1M 2017

Pelajar boleh membuat Permohonan KADS1M bagi mendapatkan bantuan RM250 secara online bermula 16 Februari 2017 menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran KADS1M.

Langkah Mudah Dapatkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

  1. Isi borang e-Permohonan @ https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  2. Status permohonan akan disahkan melalui emel
  3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KADS1M Debit
    Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berurusan dengan pihak pentadbiran IPT masing-masing atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454
    Semakan Status Keputusan Permohonan KADS1M

Participating merchants :

Compare items
  • Total (0)
Compare