ExpiredFREE Systema Compact Toothbrush Giveaway

Systema Malaysia is giving away FREE Toothbrush, free delivery to your doorstep.

Complete all the required fields in the form here, no purchase required.

Terma & Syarat :

Sila baca Terma & Syarat yang telah ditetapkan sebelum menyertai pemberian sampel
percuma ini. Peserta yang menyertai program ini adalah bersetuju dengan segala terma dan
syarat serta akur dengan keputusan yang telah ditetapkan.

1. Pemberian Sampel Percuma Systema Compact 200 unit (“Kempen”) dianjurkan oleh
Southern Lion Sdn. Bhd. (“Penaja”).

2. Pemberian sampel percuma ini terbuka kepada mana-mana rakyat individu dan penduduk
tetap di Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas. Mereka yang merupakan
pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Southern Lion Sdn.
Bhd. serta agensi-agensi pengiklanan dan pengedar-pengedar adalah tidak layak menyertai.
Pihak penganjur adalah berhak untuk mengesahkan kesahihan penyertaan yang telah
dihantar.

3. Pemberian sampel percuma ini bermula dari 4 May 2018 dan berakhir pada 24 May 2018,
11:59:59PM (“Tempoh Pemberian”). Penyertaan yang dihantar selepas 24 May 2018,
11:59:59PM akan dibatalkan penyertaannya.

4. Cara menyertai:
(a.) Peserta harus melengkapkan borang penyertaan pemberian sampel. Borang yang tidak
lengkap akan dibatalkan penyertaannya.

5. Dengan melengkapkan dan menghantar Borang Penyertaan Sampel Percuma, peserta
adalah bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.

6. Peserta hendaklah mematuhi dan memenuhi tatacara pemberian sampel dan tempoh
masa yang telah ditetapkan. Pihak penganjur mempunyai hak tunggal serta budi bicara
mutlak untuk memilih peserta-peserta dan berhak membatalkan penyertaan mengikut
tatacara dan tempoh masa pemberian sampel.

7. Peserta mengakui dengan kebenaran dan sedia maklum bahawa pihak penganjur akan
mengumpul butiran-butiran yang diperlukan dari profil Facebook.

8. Dua Ratus (200) peserta yang pertama (“Pemenang”) akan dipilih. Hanya satu(1) sampel
diterhadkan kepada setiap pemenang sepanjang tempoh pemberian. Keputusan yang dibuat
oleh pihak penganjur semasa proses pemilihan adalah muktamad untuk semua peserta dan
sebarang bantahan tidak akan dilayan.

9. Pemberian Sampel Percuma adalah seperti berikut:
200 unit Berus Gigi Systema Compact

10. Pemberian sampel percuma yang ditawarkan adalah mengikut sementara stok masih
ada dan tidak boleh ditunaikan. Pihak penganjur berhak untuk menukar kepada sampel lain
mengikut nilai wang yang sama tanpa notis.

11. Pemberian sampel percuma tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada
bentuk wang Ringgit atau kepada produk-produk lain sama ada sepenuhnya atau separuh.

12. Jika didapati ada pertikaian tentang identiti peserta, pihak penganjur berhak
mengenalpasti identiti peserta tersebut mengikut budi bicara mutlak.

13. Pihak penganjur berhak untuk menyiasat kes-kes penipuan atau gangguan sebelum
penyertaan ditentukan. Jika didapati terdapat penipuan atau gangguan, penyertaan peserta
tersebut akan dibatalkan serta-merta.

14. Maklumat di dalam penyertaan yang dihantar oleh peserta untuk pemberian sampel
percuma ini adalah untuk kegunaan pihak penganjur sahaja. Maklumat yang digunakan
adalah termasuk emel, nombor telefon dan lain-lain maklumat peribadi. Maklumat dan
butiran diri yang diberikan akan digunakan hanya oleh pihak penganjur selaras dengan
undang-undang di dalam Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi untuk tujuan
pentadbiran dalam penyertaan pemberian sampel percuma.

15. Penyertaan untuk pemberian sampel percuma dan/atau penerimaan kepada pemberian
sampel percuma dianggap sebagai kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan
nama dan maklumat peribadi untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan aktiviti
perdagangan dalam apa cara yang sesuai bagi pihak penganjur.

16. Segala keputusan oleh pihak penganjur dalam permasalahan berkaitan pemberian
sampel percuma adalah muktamad untuk semua pihak dalam apa apa pertikaian yang
dibangkitkan dari Terma dan Syarat. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Pihak
penganjur berhak untuk menukar Terma dan Syarat serta maklumat berkaitan pemberian
sampel percuma dan/atau berhak membatalkan program ini sepenuhnya, bila-bila masa,
tanpa sebarang notis dan liabiliti terhadap mana-mana individu.

error: Content is protected !!
Compare items
  • Total (0)
Compare