FREE Komuter Link Cards Giveaways July 2017

KTMB Is offering 60,000 PCs FREE Komuter Link Cards Giveaways on first come, first serve basis !

Promotion Period : 16 August – 16 September 2017

Venue : All KTM counters at Klang Valley.

Terms and conditions apply.

While stock last.

KTM Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan mengedarkan 60,000 Kad Komuter Link (Dewasa) secara PERCUMA bermula dari 16 Ogos 2017 sehingga 16 September 2017 sempena bulan kemerdekaan. Kad Komuter Link ini boleh didapati di semua kaunter tiket KTM Komuter di Lembah Klang, dan juga melalui pasukan bergerak yourbuddy.

Penumpang boleh memiliki kad tersebut secara PERCUMA tetapi perlu membuat tambah nilai bermula RM5.00 bagi pengaktifan kad sebelum digunakan untuk menaiki perkhidmatan KTM Komuter.

“Pemberian 60,000 kad secara PERCUMA ini adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan tanda sokongan KTM Berhad kepada kempen ‘NEGARAKU’ dengan mesej ‘Terima Kasih NEGARAKU’. Usaha pemberian kad PERCUMA ini juga adalah antara inisiatif KTM Berhad untuk menggalakkan pengguna perkhidmatan KTM Komuter membudayakan kaedah pembayaran tiket secara tanpa tunai (cashless) kerana ianya lebih menguntungkan dan memberi penjimatan tambang sehingga 20% berbanding bayaran secara tunai”, kata Encik Khair Johari Ishak, Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter.

Setakat bulan Julai 2017, lebih daripada 150,000 orang telah memiliki kad Komuter Link kategori dewasa, pelajar, warga emas, dan OKU. Kad Komuter Link mula diperkenalkan dan digunakan di rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan telah beroperasi pada 19 Oktober 2016.

Compare items
  • Total (0)
Compare