Bantuan Awal Persekolahan 2018 (BKAP1M)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100. Berita baik buat murid yang berkelayakan. Satu lagi bantuan kewangan kini diteruskan. Perdana Menteri melalui ucapan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 yang lalu telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 12 January 2018.

AP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa. Bantuan dikhususkan untuk murid sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 kebawah bermula dari tahun 1 hingga Tingkatan 5. Sebanyak RM328 juta akan diperuntukkan dalam Bajet 2018 membabitkan berjumlah RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3.2 juta murid.

Syarat Kelayakan bantuan Awal Persekolahan 2018 (BAP)

  • Murid warganegara Malaysia
  • Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/ bapa/ penjaga mestilah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan termasuk ┬áSekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2018 di kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah
  • Keluarga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak.

error: Content is protected !!
Compare items
  • Total (0)
Compare