ExpiredBABY & KIDZ Fair Alor Setar March 2018

DATANGLAH KE BABY & KIDZ FAIR DI STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, JALAN SUKA MENANTI, ALOR SETAR PADA 1-3 MAC INI!

Pameran yang sering ditunggu-tunggu oleh ramai bakal ibu ayah dan yang sudah bergelar ibu ayah. Baby & Kidz Fair akan berlangsung selama 3 hari bermula daripada 1 hingga 3 MAC 2018 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah. Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut pelbagai barangan ibu dan bayi dengan harga paling rendah. Semua pengunjung juga berpeluang mendapat goodies beg apabila mendaftar di pintu masuk.

Antara yang paling menarik para pengunjung adalah pembelian minimum RM100 (dalam 1 resit/ gabungan resit) boleh dapatkan hadiah PERCUMA. Lebih banyak perbelanjaan lagi banyak hadiah akan dapat! Selain dari itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menang kereta sorong bayi dan hadiah-hadiah lumayan melalui sesi cabutan bertuah. Setiap perbelanjaan RM100 akan dapat 1 tiket penyertaan cabutan bertuah. Lebih banyak anda berlanja, lebih banyak peluang untuk menangi.

Karakter Didi & Friends juga akan berada di sini dari 1-3 Mac 2018, janganlah lepaskan peluang untuk menemui mereka di Baby & Kidz Fair!

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke pameran ini yang bermula jam 11 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma!

Compare items
  • Total (0)
Compare